assalammualaikum.
fuh fuh fuh *tuh tengah kipas muke
korang, rase tak 2,3 hari nie asek la panas sampai menusuk ke tulang temulang * ade ke
eh ekceli bukan 2,3 hari. tapi rasenye da berhari hari kot. atau lebih tepat, berMINGGU-MINGGU. seluruh malaysia macam nie.
memang satu hari namblas kali la haku kena mandi * tipu.
tapi kowang tahu tak apa punca panas macam nie? aku rase awan pon da menangis da nak muntahkan ape yang dia ade. tapi matahari masih lagi menunjukkan belang nye .cewahh ;)
so semalam sebagai warganegara yang alert dengan alam semasa (*tetibe) aku ternampak kat paper online nie. yang mengatakan ade sesuatu penyebab kenapa terjadinya kepanasan luar biasa yang menimpa kite semua.
so, cekidaut
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat. Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.
“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini, semalam.
Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September. Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari. Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. “Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur,” katanya.
okeh , kowang pon da tahu sebabnye kan. tapela. kite sebagai manusia kan da di ajar menjadi seorang yang sabar. mungkin ade hikmahnye. ingat , panas kat cni baru ckit, kat akhirat nanti tak tahu macam mane kannn ;)
so dengan itu, aku nak sajikan kowang ngan benda menarik kat dunia nie sempena hari panas sedunia . kekeke
sodap mak ai makan kalaw cicah ngan roti ^^
kalaw dapat air nie pon kire lega gak la tekak kann .
ade lagi..
perghh. weyh, tolong lap ayaq lioq tuh .hehe
tapi aku rasa ni gak air yang paling cool n sedap taw. air masak . hahaha
jadi sama2 la kita berdoa yang kepanasan di muka bumi nie segera berakhir yer .
untuk kebahagiaan dan kesenangan kita bersama ;)
kredit :
. mr google
. berita harian online
No comments:
Post a Comment