lamanya kakak tak bersiaran dekat sini. penuh habuk. mana tak nya mahu lebih dari 3 tahun rasa nya takde update apa apa . heh.
bukan masalah lupa password ke apa. tapi sebab penyakit malas. maka terbengkalai lah jawabnya blog ini .
rasa dari awal bukak blog ni, sekadar suka suka je isi masa lapang masa zaman kolej dulu. yela segala benda nak diupdate nya. haha. tapi dah zaman 2019 ni kakak tak pasti masih ada lagi ke yang rajin nak update blog ni. lagi lagi kakak ni. masa cuti memang untuk tido la ye anak anak :)
kakak masih lagi dengan kerja yang sama. alhamdulillah suami yang sama :P
cuma masih menunggu si comel kakak untuk hadir dalam hidup kami suami isteri . insyaALLAH AMIN.
rasa kekok pulak nak menulis. sebab takde point penting yang nak tulis mungkin. segan dengan blogger blogger lain. content semua mantap mantap. kita nya blog, banyak luahan perasaan yang tak mungkin ada orang nak baca . haha
makanya kakak belanja gambar je lah ye . next post mungkin banyak gambar la dari ayat merepek kan
ok . bye
hi ! Allah. lamanye tak menulis dekat sini. walaupun akak tahu takde sape pun bace kecuali shuben akak. kahkah
pejam celik bulan depan genap setahun usia perkahwinan kami suami isteri.
pertanyaan orang tentang 'bila nak dapat anak' ,dari awal perkahwinan ade je . haha. akak ni kadang naik rimas. kalaulah akak boleh g supermarket, pilih je nak anak apa, bile2 mase akak boleh jawab soalan mereka mereka sekelian itu.
tapi apaekan kuasa akak ini deknon *sigh
ALLAH itu maha adil
kalau kataNya rezeki itu belum lagi, maka tiadalah
siapa kita nak persoalkan pemberianNya
Allah juga tak pernah berjanji, setiap perkahwinan itu akan dikurniakan rezeki anak
mungkin rezeki lain yang akan sampai dulu
wallahualam
kadang akak cemburu lihat pasangan yang berkahwin
ALLAH mudahnya beliau mengandung
terdetik jua dalam hati, aku juga ingin seperti itu tapi ape daya akak ye dak
amboi
emosi pulak hakak ni
meh la akak nak tempek pic mase honeymoon kali kedua kat penang bulan doblas haritu
harap lah kire nye jangan muntah yer :D